SEJARAH KAMPUNG TAEE, SERIAN

Balu Gambang 



Kampung Taee terletak di dalam Bahagian Serian, Sarawak. Kedudukannya yang terletak di kaki Bukit Sadong telah menjadikannya sebuah perkampungan yang sangat cantik dan penuh dengan keindahan alam semulajadi.

Keindahan lanskap yang berbukit bukau dan dikelilingi gua-gua memberikan seribu satu rahsia yang harus diterokai dan dinikmati oleh setiap orang. Kawasan kampung Taee terletak di Jalan Baki Riih iaitu kira-kira 6KM daripada simpang susur keluar ke pasar Baki di Serian.



SEJARAH

Daerah Sungkung, Kalimantan Borneo

Sejarah mengatakan bahawa Bidayuh-Bukar Sadung berasal darpada Daerah Sungkung, Kalimantan Borneo walaupun tidak ada rekod bertulis sebagai bahan rujukan.

Suku kaum Bukar berhijrah daripada Sungkung dan menetap di Mawang Rutoi, satu kawasan di Kampung Kujang Mawang hingga kini. Daripada penempatan pertama ini suku kaum Bukar meneruskan penghijrahan mereka dan akhirnya bertapak di Mawang Saddung, satu kawasan pergunungan yang dinamakan Banjaran Saddung di Kampung Lanchang yang masih dipelihara oleh penduduk Kampung Lanchang sehingga sekarang.

Mawang Sammu
Kampung Taee mula bertapak di lokasi sekarang bermula pada tahun 1862 setelah berpindah beberapa kali daripada tapak asal yang dinamakan Mawang Sammu.


Gunung Saddung
Sumber lain:
Cerita 1:
Menurut cerita makcik bernama Juna, beliau menceritakan bahawa kawasan Taee diberi nama bersempena air sungai yang teramat sejuk. Aliran sungai yang berpunca daripada bukit Sadong menghasilkan air mineral yang sejuk dan menyamankan.

Cerita 2:
Menurut cerita lisan (mitos) daripada pakcik George (penduduk jati kampung Taee), nama Taee diambil bersempena nama burung Saie. Pada zaman dahulu, penduduk kampung tinggal di dalam gua Bukit Sadong.

Pada masa itu, mereka lebih mempercayai kepada kuasa ghaib dan percaya tentang roh dan juga kuasa alam sekitar. Dikatakan lagi, akibat daripada kematian demi kematian yang berlaku dalam kehidupan pada masa itu, mereka berpindah dan turun ke satu tingkat ke tingkat yang lain.
Sehinggalah pada suatu hari, penduduk kampung telah menyaksikan satu kejadian aneh iaitu burung Saie berterbangan (diving bird) kearah kaki bukit Sadong.

Petanda gembira itu telah memberikan satu nikmat kepada semua penduduk dan mereka mengambil keputusan untuk tinggal di kaki bukit Sadong dan tidak lagi tinggal di gua Bukit Sadong.
Mereka membuat perkampungan baharu yang dinamakan Saie. Oleh kerana nama tersebut diwarisi satu generasi ke generasi yang lain, nama Saie akhirnya disebut sebagai Taee sehingga sekarang.



Cerita 3:
Menurut seorang lagi penduduk, pada zaman dahulu ejaan bagi Taee ialah Taii. Berikutan pentadbiran awam yang berbeza-beza, ejaan nama Taii diubah kepada Ta-ee.


Sumber teks dari:http://kgtaee.pi1mmaxis.my/komuniti.html

Comments

Popular posts from this blog

NOTIS PENUTUPAN JALAN SEMENTARA

GAWAI PARADE 2017