Balu Gambang Kampung Taee terletak di dalam Bahagian Serian, Sarawak. Kedudukannya yang terletak di kaki Bukit Sadong telah menjadikannya sebuah perkampungan yang sangat cantik dan penuh dengan keindahan alam semulajadi. Keindahan lanskap yang berbukit bukau dan dikelilingi gua-gua memberikan seribu satu rahsia yang harus diterokai dan dinikmati oleh setiap orang. Kawasan kampung Taee terletak di Jalan Baki Riih iaitu kira-kira 6KM daripada simpang susur keluar ke pasar Baki di Serian. SEJARAH Daerah Sungkung, Kalimantan Borneo Sejarah mengatakan bahawa Bidayuh-Bukar Sadung berasal darpada Daerah Sungkung, Kalimantan Borneo walaupun tidak ada rekod bertulis sebagai bahan rujukan. Suku kaum Bukar berhijrah daripada Sungkung dan menetap di Mawang Rutoi, satu kawasan di Kampung Kujang Mawang hingga kini. Daripada penempatan pertama ini suku kaum Bukar meneruskan penghijrahan mereka dan akhirnya bertapak di Mawang Saddung, satu kawasan pergunungan yang dinama
Comments
Post a Comment