PROFIL

SEJARAH
Daerah Sungkung, Kalimantan Borneo

Sumber: Google Map

Sejarah mengatakan bahawa Bidayuh-Bukar Sadung berasal darpada Daerah Sungkung, Kalimantan Borneo walaupun tidak ada rekod bertulis sebagai bahan rujukan.

Suku kaum Bukar berhijrah daripada Sungkung dan menetap di Mawang Rutoi, satu kawasan di Kampung Kujang Mawang hingga kini. Daripada penempatan pertama ini suku kaum Bukar meneruskan penghijrahan mereka dan akhirnya bertapak di Mawang Saddung, satu kawasan pergunungan yang dinamakan Banjaran Saddung di Kampung Lanchang yang masih dipelihara oleh penduduk Kampung Lanchang sehingga sekarang.



Mawang Sammu

Kampung Taee mula bertapak di lokasi sekarang bermula pada tahun 1862 setelah berpindah beberapa kali daripada tapak asal yang dinamakan Mawang Sammu.



MAKLUMAT KAMPUNG TAEE, SERIAN

Diwujudkan pada tahun 1902 dan pada hari ini keluasan kampung ialah 1800 meter persegi dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas. Boleh terus ke link ini https://jkkkampungtaeeserian.blogspot.com/p/kemudahan.html

Nama Kampung: Kampung Taee

Alamat: Jalan Baki-Riih, 94700 Serian, Sarawak
Daerah: Serian, Sarawak
Negeri: Sarawak
DUN: N21 (Tebedu)
Parlimen: P.199 Serian
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)Majlis Daerah Serian
Taraf Kampung: Taraf A
Jenis Kampung: Tradisi


Balu Tuda (Bilik Gerakan Operasi JKKK)



LOGO DAN MOTTO





  1. LOGO

a) Burung Helang melambangkan Kemuliaan

b) Rumah Adat melambangkan Kesucian

c) Gunung Saddung melambangkan Keharmonian

d) Bunga Padi melambangkan Keamanan dan Kesejahteraan Serumpun.


     2. MOTTO "BIRUMI - SIPAKAT - BISAMAH"

Ia berasal daripada bahasa Bidayuh yang membawa maksud seperti dibawah:

a) BIRUMI: Satu Untuk Semua, Semua Untuk Satu

b) SIPAKAT: Bersepakat Demi Kepentingan Bersama

c) BISAMAH: Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing



AHLI JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG TAEE, JALAN BAKI-RIIH, 94700 SERIAN TAHUN 2019


Carta Organisasi JKKK Taee, Sarawak



AHLI JAWATANKUASA KERJA 
KAMPUNG TAEE, SARAWAK


Comments

Popular posts from this blog

SEJARAH KAMPUNG TAEE, SERIAN

NOTIS PENUTUPAN JALAN SEMENTARA

GAWAI PARADE 2017