Balu Gambang Kampung Taee terletak di dalam Bahagian Serian, Sarawak. Kedudukannya yang terletak di kaki Bukit Sadong telah menjadikannya sebuah perkampungan yang sangat cantik dan penuh dengan keindahan alam semulajadi. Keindahan lanskap yang berbukit bukau dan dikelilingi gua-gua memberikan seribu satu rahsia yang harus diterokai dan dinikmati oleh setiap orang. Kawasan kampung Taee terletak di Jalan Baki Riih iaitu kira-kira 6KM daripada simpang susur keluar ke pasar Baki di Serian. SEJARAH Daerah Sungkung, Kalimantan Borneo Sejarah mengatakan bahawa Bidayuh-Bukar Sadung berasal darpada Daerah Sungkung, Kalimantan Borneo walaupun tidak ada rekod bertulis sebagai bahan rujukan. Suku kaum Bukar berhijrah daripada Sungkung dan menetap di Mawang Rutoi, satu kawasan di Kampung Kujang Mawang hingga kini. Daripada penempatan pertama ini suku kaum Bukar meneruskan penghijrahan mereka dan akhirnya bertapak di Mawang Saddung, satu kawasan pergunungan yang dinama
Perhatian kepada pengguna Jalan Kajuh Utong. Notis penutupan sementara jalan bermula 8/11/2021 (Isnin) bagi tujuan kerja pembinaan jambatan baharu. Bagi penduduk yg tinggal sebelum jambatan (dari Jalan Baki Riih) anda masih boleh menggunakan jalan tersebut untuk ke rumah masing².Manakala bagi penduduk yg rumah mereka terletak selepas jambatan dinasihatkan untuk menggunakan jalan dalam kampung untuk ke rumah masing². Terima kasih.
Taraaa taraaa taraaaaa....(Ungkapan mesra masyarakat Bidayuh) Gambar sempena perarakan sempena Gawai Dayak 2017 di Kampung Taee, Serian, Sarawak. Bukan itu sahaja, kepelbagaian etnik dan budaya telah melahirkan ramai Kumang Gawai dari peringkat tempatan ke peringkat antarabangsa. Selain aktiviti perarakan, terdapat juga aktiviti kebudayaan lain, seperti tarian etnik selain mengenali adat esam dan budaya masyarakat kampung Taee.
Comments
Post a Comment